[review] manga : Dengeki Daisy



Title :  Dengeki Daisy
Chapter : 75 + 4 extra chapter [completed]
Genre : Comedy, Drama, Mystery, Romance, School Life, Shoujo
Mangaka : Kyousuke Motomi


[!!!] MAY CONTAIN SPOILERS


          Seorang hara kembali dengan review manga! Kali ni masterpiece daripada Motomi-sensei yang femes dengan abang-abang muka beast dia tu - Dengeki Daisy. Nak tahu tak masa mula-mula kenal nama mangaka ni aku fikir dia lelaki (mungkin sebab kyousuke tu kot?) sekali jawapannya vice versa. Kyousuke Motomi tu nama pena je. Nama real dia sapa tah. Bila baca slot cinonet dalam manga dia pon dapat la feel dia seorang perempuan. Cis. Aku diperdaya.

          Overall Dengeki Daisy cerita dia tak macam cerita shoujo yang biasa kita baca - jumpa lelaki hensem kat sekolah, jatuh cinta, breakup, kaya. Main storyline dia tak tipikal. First time aku baca manga pasal hacker tau tak?! Feeling aku 'asdfghjkl-hacker-doh-cool-gila-kepala-otak-mangaka-dia'. Luls. Tak semena-mena terjatuh suka kat karier hacker ni (hacker tu karier ke?).

          Benda yang paling aku suka sangat dalam Dengeki Daisy ni adalah mata Kurosaki Tasuku. Entah la aku rasa mata dia lawa sangat. Mata dia macam bawak perasaan sedih + gembira + lonely + brutal + etc. Part mata Tasuku ni memang tak boleh kalah. Nanti korang baca try la menghayati mata dia (entah ape kene engko ni hara nak nyuruh orang tatap lukisan berupa mata). Kalau nak sentuh part lukisan pun Motomi-sensei punya lukisan memang dah lawa gila la. Tak boleh nak komen sangat-sangat sebab aku pun syok je tengok mata Tasuku luls. Rambut dia pun lawa. Lagi-lagi kalau mood kelako tu datang ei rasa nak makan je muka Tasuku dengan si Teru tu.

nah kita belanja mata Tasuku
       
         Jalan cerita Dengeki Daisy ni dia fokus kat hidup Teru - Tasuku - orang sekeliling - kerja hacker. Aku rasa mangaka dia mesti terer bab komputer. Tak pun dia ada member hacker. Aku suka cara mangaka olah penceritaan dia pasal hacker dan kerja yang hacker buat (semestinya pecah masuk data. JENAYAH WOI!) Aku suka bila semua karakter dalam tu pening kepala nak selesaikan misteri siap nak cari klu, pasang alat pengesan kat handphone Teru, dan tak kurang jugak watak mamat genius coding yang ohsem - Akira; walau memula dia jahat tapi sebenarnya dia lonely je. Paling tak boleh blah ada satu chapter tu dorang jumpa lorong rahsia kat sekolah Teru lepas tu main game selesaikan misteri. Serius lah jalan cerita luar alam gila. HAHA.

          Tapi macam biasa lah kan dalam benda best mesti ada kekurangan. Memang la cerita dorang nak selesaikan misteri semua tu cari klu bagai best gila dari segi idea tapi aku rasa benda tu macam meleret sangat. Benda tu macam panjang sangat dengan dialog yang aku rasa tak payah ada pun takpe. Ada jugak la aku skip apa dorang membebel sebab penat nak baca. Demi mata Tasuku aku bertahan sampai ke penghujung chapter. Walaupun begitu dalam manga ni kita akan nampak peningkatan tahap kematangan karakter tu. Teru tu nampak matang dari semasa ke semasa. Sama macam Tasuku. Paling ketara Kiyoshi kawan Teru tu lah. Dari noob jadi mature gila kot.

          Last aku nak kata yang aku suka gila chapter extra yang last sekali. Tasuku comel gila woi like comel gila yang paling gila level gila tu! Sebab ending dia biasa biasa je so yang extra tu memang best gila. Best gila part Tasuku buat muka terkejut bila tengok baby tu minum susu yang dia bagi. KYAA~

btw baby tu bukan anak dorang. aku memang saja nak hampakan korang yang belum baca ni.


Much worth to read!


DENGEKI DAISY

Story : 8.5 / 10
Art : 9 / 10
Characters : 8.5 / 10
Overall : 9 / 10


btw jemput baca fanfic kawan aku. klik kat gambar.

1 comment:

ztra.znddn said...

TASUKU HANSEM GILA BILA DIA START RISAU KAT TERU