hara dah konvo

Entah ler boleh bergambor ke tidak dalam hall ni. Angkat gopro tetinggi pun takde sapa nak marah hmm. Mungkin tak cukup tinggi -.-

Yo.

Di sini seorang hara ingin memberitahu bahawa dia baru je officially konvo hujung bulan sebelas hari tu. Tolong tepuk tangan. Konvo diploma je jangan tanya 'eh kenapa tak pakai topi konvo?', nanti aku pos rangka kucing depan rumah engko karang. Aku diploma je so aku tak boleh ngade nak pakai mortar board. (Tapi kalau UiTM punya konvo even diploma still ada pakai mortar board)

Maka dengan itu seorang hara ingin memberi sekalung penghargaan buat insan-insan kesepian datang dan pergi yang berada di sekeliling sepanjang 3 tahun bergelak tawa tu. Rasa macam baru je hari tu pegi masuk daftar lepas tu forever alone kat hostel sebab roommate kaki lepak bilik orang lain. Lepas tu kawan tak ramai (hmm). Lepas tu tetiba terngam gila babeng dengan minah yang masa first time kenal tu dia kutuk belakang aku. Lepas tu menangis sebab assignments semester 4 gila baybii banyak tahap 24 jam tak cukup nak siapkan. Lepas tu perang besar macam 'perang berebut minyak antara negara' dengan housemate. Lepas tu praktikal semua terpisah dan akhirnya konvo.

Sepanjang 3 tahun diploma aku cuma ada sorang je yang aku boleh anggap kawan. Yang lain? --



Sorang pun sorang lah. Sorang tulah yang paling sayang :))



Terima kasih, mak ayah. Sudi hulur duit untuk anak kalian ni buat makan; walau takde mintak duit pun MARA kan ada. Orang bayor balik dengan gold award tu je tau sebab skg ni tak mampu nak kasi rumah mahupun pakej umrah atau haji ;'D

Jadi, lepas ni aku nak try alam degree pulak kalau ada rezeki. Engkorang doa-doakan lah aku dimurahkan rezeki hendaknya mana tahu satu hari nanti kita berjodoh; aku belanja korang secret recipe. Tapi tu pun kalau masa tu aku dah boleh cop duit la. Har hor her.



p/s : Last Chance bila free baru update. Sekarang aku busy. Hadap la dengan prologue tu sampai beku otak korang.


2 comments:

ztra.znddn said...

wahhh kak hara dpt anugerah canselor ek??? tahniahhhhh

hara said...

@zaatira zainuddin sankyu :*