[review] manga : Shigatsu Wa Kimi No Uso



Title :  Shigatsu Wa Kimi No Uso [Your Lie in April]
Chapter : 44 chapter [completed]
Genre : Comedy, Drama, Tragedy, Romance, Slice of Life, Shonen
Mangaka : Arakawa Naoshi


[!!!] MAY CONTAIN SPOILERS

"Hold on. Don't go! Let's argue again. I'll bribe you with a canele. I'll call you to kill time. I don't mind being Friend A. Please don't go. Please don't go. Please don't go... please don't leave me behind." - Arima Kousei

          Huarghhh!! Sumpah manga ni antara manga yang wajib baca. Aku menyesal sebab lambat jumpa masterpiece air mata macam ni. Banyak kali jugak la aku tertanya-tanya kenapa aku tak pernah jumpa manga ni. Aku rasa jawapan aku adalah sebab aku terlebih pandang genre shoujo (thehe!)

          Cerita bermula dengan penceritaan tentang tragedy dalam hidup seorang Arima Kousei; pianist genius kecik kecik dah sentuh piano. Aku suka kisah hidup Kousei ni sebab depression dia menghiburkan aku (I'm sadist). Dalam menempuh liku-liku hidup yang serba hitam tu dia jumpa sorang violinist yang secara tak langsung kasi warna baru dalam hidup dia. Sayang seribu kali sayang, violinist tu suka member baik dia. KAHKAHKAH. Hara pls staph pakai bahasa esei spm. Menyampah baca k.

          Masa mula-mula baca sinopsis aku dah mindset 'alah ni mesti typical story yang musician jumpa musician lepas tu jatuh cinta blablabla'. Bila dah baca aku malu sendiri dengan kepala hotak tipikal aku neh pasal cerita ni diolah dari perspektif seorang kawan. Benda yang paling menggangu dalam manga ni adalah tajuk dia - Your Lie in April. Sepanjang cerita aku asyik terpikir 'apa kena mengena cerita pasal musician dgn tipu tipu ni mengarut ah'. Luls. Yang ada kaitan tu April je sebab cerita dia start dengan musim bunga. Musim bunga kat jepun area Mac-April gitu penuh sakura. Apabenda dengan 'Lie' tu misteri gila sampailah aku baca chapter ending; misteri 'Lie' tu terbongkar. Benda yang dia tipu tu jawapan dia ringkas tapi bawa makna kat sepanjang cerita yang kau dok terpikir apabenda yang dia tipu. [!!!] Ending sedih gila sila sediakan tisu sekotak. Serius storyline dia smooth dan menjentik hati menangis aku.


          Kekurangan manga ni adalah cerita dia pasal classic music so aku tak dapat nak bayangkan lagu-lagu yang dorang sebut mozart la beethoven la siap nombor nombor. Rasa macam asdfghjkl 'apa benda sia lagu ni'. Kadang aku sampai pegi youtube sebab nak cari lagu tu (gigihnya seorang hara). Tapi kalau pasal 'taktau lagu' ni aku rasa mana mana manga yang ada pasal muzik memang hadap masalah yang sama. Yelah manga mana boleh letak lagu tetiba. Ingat webtoon korea yang hantu boleh tetiba jerit sergah dari skrin tu ke apa. Luls.

          Tapi korang takyah risau --

          Shigatsu Wa Kimi No Uso ni ada versi anime so kalau dah tak boleh hadam sangat dengan manga engko pegi jelah tengok anime. Feelings tengok anime adalah dua kali ganda dari baca manga sbb Kousei main piano ada bunyi dan aku rasa sangat awesome! Dan ending yang sumpah sedih kat manga tu 3 kali ganda sedih kat anime serius ah wei sedih gila. Lepas tu anime dia ada lagu tajuk orange by 7!!. Aku kalau dengo lagu tu kat youtube mesti terngiang-ngiang anime dia. Tahun depan pulak bakal keluar versi live-action. Yamazaki Kento pegang watak Kousei (can you imagine Yamaken wearing spec and suit and playing piano OMG OMG MY KOKORO). Dia belajar main piano 6 bulan sebab nak berlakon cite tu je. Tahun depan Yamaken everywhere!

... That lie was a success. Arima Kousei, it finally brought you to me.


SHIGATSU WA KIMI NO USO
Story : 10 / 10
Art : 8 / 10
Characters : 9 / 10
Overall : 10 / 10

1 comment:

Cik Zira said...

Wahh ..Lepas baca je ni tetibe rase nak tengok sangat2 Shigatsu wa Kimi no Uso!!Sempoi Gila punyalah review xD suka sangat2~~ <3!~! Apapun,..Please please.. buat banyak gitu reviews sal anime2 shounen macam ni.. p/s TuT onegai~~