[review] manga : Black Bird

letak cover yang paling sopan sekali. ufufufu.

Title :  Black Bird
Chapter : 72 [completed]
Genre : Drama, Fantasy, Harem, Mystery, Romance, Shoujo, Smut, Supernatural
Mangaka : Sakurakoji Kanoko


[!!!] MAY CONTAIN SPOILERS


          Kalau tengok dari cover, seorang hara takkan tergerak hati nak membaca cerita pra-sejarah mahupun supernatural (sebab dia pakai kimono). Tambahan pulak cover dia (yang lain dari yang atas) kebanyakkan berunsur intim jadi rasa mcm asdfghjkl konpem tak best. Tapi bila usyar orang punya list manga best-best mesti Black Bird ni terlist skali. Jadi, dengan rasa tertanya-tanya aku download jela manga ni kat handphone. Baru la aku tahu yang manga ni takde kena mengena dengan pra-sejarah. HAHAHA.

          Benda pertama yang luar expectation aku adalah manga ni kelako tak kena langsung dengan cover dia yang ala-ala dark, demon etc sewaktu dengannya. Aku fikir dia serius memanjang skali ada je dialog buat orang dekah :') Lepas tu banyak lawak unsur 18sx jugak tapi aku still rasa kelako oh pls. Kat part genre atas aku dah tulis smut so kalau korang takleh terima lawak 18sx so takyah baca la. Haa.. scene H berat yang 'diringankan' (maknanya dia kabur kabur je) ada jugak. Aku baca laju-laju part cenggitu sebab tak sampai feel.

          Satu benda yang tipikal dalam manga ni adalah heroin dia - Misao; highschool student yang sibuk fikir pasal member zaman kekanak dia yang dia sendiri tahu dia suka kat budak tu. Satu hari dia jumpa balik member dia tu dan secara tak langsung feeling dia berkembang dari sehari ke sehari. Satu benda yang aku suka kat Misao ni dia jenis tak tipu diri sendiri. Dia tahu apa yang dia nak lepas tu dia buat. Dia tahu dia suka Kyou dan dia terus suka Kyou walau mamat tu bukan manusia. Aku rasa part dia yang tu agak cool. Tapi dia still biasa-biasa jela - keje nak nangis memanjang pastu clingy gila dengan Kyou (ke aku je yang tak dapat feeling part 'clingy' tu pasal aku loser ha!)
       

          Walau aku rasa banyak benda tipikal macam kat shoujo manga lain tapi manga ni antara yang best. Memang patut masuk list pun. Aku suka storyline dia, lukisan dia, sayap Kyou (tetiba) dan jugak chapter chapter extra. Lagi-lagi kalau triplet Taro, Jiro, Saburo tu ada. Rasa nak gigit je. Nomnomnom.


Much worth to read!


BLACK BIRD

Story : 7.5 / 10
Art : 9 / 10
Characters : 8 / 10
Overall : 8.5 / 10

p/s : manga ni buat aku teringat kat cerita Twilight

2 comments:

piwa said...

uwu senpai~~

shekaa azli said...

setiap kali buka site manga mesti ni salah satu the most popular manga. nak baca tapi bila tengok cover mcm tak menarik perhatian je. lepas baca review , mcm menarik pula cerita dia. kena letak dalam list ni. heeeee