obses


Entry pertama tahun 2015. Makin tua. Makin dewasa. Makin menghampiri saat terpisahnya roh dari jasad. Wahai jiwa, kekalkan pendirian.

Aku baru mula fasa seorang trainee kat company printing (sejajar dengan course aku la kan) dan hari-hari yang aku lalui sebagai seorang designer junior adalah memenatkan. Siapalah yang rekomen industrial training sebagai syarat untuk graduasi ni. Aku amat tak setuju dengan cadangan beliau. Aku bukan sekadar buat kerja ikut skop yang aku belajar tapi aku join sekali lipat baju, marketing, dsb. Elaun? Jangan tanya. Tolong Ya Allah, ikhlaskan hati ini.

Seiring masa-masa aku menjadi sibuk dengan laptop menghadap illustrator dan mesin printer bagak kat office tu, aku jadi bahan manusia-manusia office yang sedang sibuk borak mengenai isu viral masa kini; peluk kpop.


"Hara kau kan minat kpop? Bodoh seh kpop." - kata manusia A.

"Benda tu masuk berita semalam. Entah apa-apa la kpop ni." - kata manusia B.

"Hah! Aku paling tak suka kpop." - kata manusia C.


Paling aku hargai, mereka seolah-olah menujukan benda macam tu kat aku. Nak cakap pasal kpop je kat aku. Kutuk kpop je kat aku. Kpop itu kpop ini kat aku. Macamlah aku yang buat isu tu jadi viral walhal aku pergi konsert pun tak pernah. Twitter pulak macam tenggelam timbul.

Ya, aku mengaku aku yang dulu pernah menjadi obses. Aku sedar erti kata obses tu macam mana. Dan satu hari aku terbaca satu artikel. Orang tu kata,


          "Obses ni bagi saya seseorang itu menghambakan diri pada sesuatu perkara yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak. Obses ni saya rasa macam satu penyakit sebenarnya tak kira positif atau negatif. Obses ni termasuk dalam skop mengagungkan, yakni kita mengagungkan sesuatu.. kenapa saya cakap penyakit, kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kita.. bila kita obses, benda yang salah akan semuanya betul, benda yang mula-mula betul akan menjadi salah dan benda yang sejelasnya salah akan menjadi lebih salah.."


Masa tu aku sentap. Yelah, sebab obses kita jadi keyboard warrior. Tak sedar yang semua tu sekelip mata jadi dosa kering. Tapi percayalah takkan ada orang yang obses mengaku dia obses. Situasi ni sama macam 'takkan ada orang gila mengaku dia gila'. Aku taknak tuju kat mana-mana pihak. Sebab aku pernah terjebak dalam kelompok yang taknak mengaku obses ni jugak.

Dan aku menyesal sekarang.


Aku rasa aku tak pernah mengaku pasal satu benda ni secara terang-terangan (melainkan orang tanya).



"Aku dah lama tak layan kpop secara fokus. Muzik bagi aku yang sekarang hanyalah sekadar warna-warna yang aku corak kat tepi-tepi kanvas lukisan untuk kasi effect super dahsyat." - kata Aku.



Tolonglah. Jangan kaitkan aku dengan kpop lagi. Aku nak berhenti jadi obses. Kalau boleh aku nak ajak korang semua jalan sama dengan aku. Tapi aku tak paksa ikut. Aku cuma minta satu benda. Bantu aku.


nota : username kat twitter tu aku tak ubah sebab aku seorang yang suka menyimpan memori indah :)

1 comment:

nor aqilah said...

Alhamdulillah Hara :)

Sebab pilih jalan ni..

Tapi tapi akak suka nama Hara. hehehe.

Moga istiqamah ok :) ^___^