mimpi



"Kai! Aku suka dia tu haa... Hensem kan?"

Kai pandang dia. Kecikkan mata kat dia. Kai pusing pandang aku. Still kecikkan mata.

"Aku rasa aku lagi hensem." - Kai.

"Eii menyampah do cakap dengan kau ni."

Aku still pandang dia. Encik MPP yang hensem dan bergaya walau muka takde feelings, Kim Myungsoo. Hihi. Senyum sorang-sorang lagi.

"Dari kau pandang dia lama-lama baik kau tolong aku kemas kerusi ni." - Kai.

Habis event, semua orang nak balik. Tak nak ramai lagi yang tunggu bas. Aku dengan Kai ni pun sesama la tunggu sambil-sambil dia buat lawak tak berapa bodoh dia. Tiba-tiba hujan turun. Lebat sangat! Paling menyirap darah ke 101 darjah celcius...

MASA TU LA BAS NAK SAMPAI HEOL.

Semua orang berpusu-pusu nak naik bas. Aku pun sama la nak naik jugak. Nak balik. Dalam hujan hujan lebat macam tu tiba-tiba rasa area aku berdiri tu tak hujan. Aku pandang atas. Kai senyum kat aku sambil tangan pegang beg dia yang dia jadikan payung untuk aku.

AWW KAI WAE SO SWEET ;_;

Bila dah keadaan lagi dahsyat dari tin sardin, ada makhluk tuhan keji ni tolak aku dari depan. Aku nak capai tangan Kai dari jatuh macam buah nangka separa masak, tapi rasa mcm salah tangan je yang sambut huluran aku tu.. ermm... Aku pandang depan nampak pulak Kai terjerit-jerit dari dalam bas.

"Hara! Hara! Aku dah jaga tempat kau! Cepat lah naik!" - Kai.

Kai kat dalam bas so tangan sapa aku main capai capai je tadi? Aku pandang belakang.

Oh My God.

KIM MYUNGSOO.

dalam hati *urghh kenapa ada myungsoo kat sini gila hensem dia ni pergh aku tak malu sia nak pegang pegang dia pulak gila aku ni pasni boleh ah bunuh diri* <-- bahasa susah nak faham style fangirling.

"Awak ok?" - Myungsoo.

Aku hangguk jela. Boleh meletup muka aku pandang mamat tu lama-lama.

Tetiba rasa macam masa berhenti. Bas pun dah jalan dah tinggalkan aku dengan ramai lagi manusia yang tak sempat naik bas termasuk abang hensem kita, Myungsoo *ihhi gedik* Kesian Kai :'(

Sebab Hujan masih bersisa, aku dengan Myungsoo masuk balik dalam dewan tempat event tadi. Aku duduk kat satu kerusi ni sensorang. Baju gua dah lencun HEOL. Tiba-tiba..

"Nah." - Myungsoo.

Aku pandang dia. Dia hulur cawan polisterin putih.

Kopi panas. Entah mana dia dapat.

Myungsoo duduk kat kerusi sebelah. Dia pandang aku dengan muka takde feelings dia tu.

"Awak memang selalu pandang saya eh?" - Myungsoo.

...

"KAK BANGUN LA! MAK SURUH BASUH BAJU!" - Adik.

Mimpi aku cliffhanger ._.






Ahha aku ada buat oneshot sempena birthday Myungsoo. Boleh baca kat sini 



No comments: